Sabtu, 1 November 2008

Disiplin Pelajar Sekolah di Malaysia

Masalah Disiplin di Sekolah Berkurangan...
Berita Minggu. Ahad 2 November 2008.

Pekan, Pahang. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail menyatakan bahawa, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah di seluruh negara mencatatkan penurunan sebanyak 1.33 % sehingga September 2008 berbanding 2.3 % bagi tempoh sama tahun 2007. Peratus ini adalah berdasarkan jumlah keseluruhan pelajar tahun 2008 iaitu 5.8 juta.
Persoalannya di sini ialah mengapa perlu dibuat perbandingan di antara peratus kenaikan dan penurunan. Kita hendak lihat mereka tunjukkan tidak ada langsung jenayah di sekolah. Ini tidak. Kerajaan lebih bangga dengan penurunan dan tak ambil kisah untuk menghapuskannya langsung. Kalau kanak-kanak sekolah pun tak boleh diuruskan apatah lagi kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh orang dewasa.
Statistik Indeks Jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM menunjukkan pada tahun 2008 jumlah kes ialah 106,753 manakala kes yang berjaya diselesaikan ialah sebanyak 43,879 kes. Tak sampai setengah pun. Kes terbanyak melibatkan curi motosikal iaitu 33,157 kes diikuti curi sebanyak 21,672 kes. Kejadian pecah rumah pada malah hari menyumbang sebanyak 13,726 kes berbanding kes pecah rumah di siang hari sebanyak 4,279 kes. Samun berkawan tanpa senjata api sebanyak 10,707 kes manakala curi ragut menyumbang kepada 4,543 kes. Kes-kes seumpama ini bukan sahaja dilakukan oleh mereka yang sudah tamat alam persekolahan malah ada di antara mereka masih bersekolah. Mengapa mereka melakukan jenayah tersebut? Anda ada jawapannya. Mereka perlukan duit untuk menampung kos sara diri yang tidak sepatutnya ditanggung oleh ibubapa seperti rokok@dadah, pre-paid, berpoya-poya, minyak motosikal, tambang, tiket wayang, cd haram/lucah dan pelbagai lagi. Itu tidak termasuk melacurkan diri bagi perempuan dan gigolo oleh murid lelaki.
Itu semua hanyalah statistik dan pelbagai huraian boleh dibuat melalui statistik tersebut. Kes-kes tersebut adalah berpunca dari masalah disiplin yang bermula di sekolah. Apabila tiada tindakan positif boleh dikenakan ke atas pelajar maka mereka akan berasa besar kepala. Salah siapa? Kerajaan yang membuat dasar perlu dipersalahkan. Terlalu manjakan pelajar akan merosakkan pelajar itu sendiri. Seperti pepatah Melayu ada berkata, "Sayangkan anak ditangan-tangankan". Rotan adalah satu "tool" yang paling mujarab untuk memberi kesedaran di peringkat awal. Ibubapa tentu bersetuju sekiranya dari awal anak-anak "dirotan" setiap kali melakukan kesalahan bagi tujuan membentuk keperibadian mereka. Tetapi kalau tidak pernah dirotan dan mereka melakukan jenayah samada di sekolah atau di luar alam persekolahan mereka akan berhadapan dengan hukuman "rotan" juga di penjara. Jadi isu rotan ini ada baiknya juga. Kalau tidak mengapa rotan adalah salah satu jenis hukuman yang diguna-pakai di dalam sistem perundangan negara kita.

Tiada ulasan: