
Ahad, 21 September 2008
Anugerah Dato' kepada Al Hafiz

Sabtu, 13 September 2008
Cabaran Memeluk Islam
Ceramah oleh seorang bekas penganut Kristian yang telah banyak memurtadkan Orang Melayu. Kini beliau ialah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz.
VCD Ceramah beliau boleh ditonton di sini
Oleh ZUARIDA MOHYIN
MOHD. FARHAN ABDULLAH AL-HAFIZ.
PENULIS terpanggil untuk menemu bual lelaki bertubuh kecil kelahiran Kota Belud, Sabah ini selepas secara tidak sengaja terdengar suaranya menerusi satu program yang ke udara di IKIM.fm.
Pada masa itu, beliau diminta berkongsi kisah pengislaman, cabaran bergelar mualaf, penglibatan aktif beliau dengan kerja-kerja dakwah dan membantu golongan saudara baru, terutamanya di Sabah.
Tanpa melengahkan masa, penulis terus menghubunginya selepas memperoleh talian telefon bimbitnya. Biarpun sibuk, kesediaan Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz, 39, iaitu Penasihat Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Bestari (PPTQB) yang beroperasi di Serdang, Selangor meluangkan masa, apatah lagi melihat jadual hariannya yang sentiasa padat dengan undangan tazkirah sepanjang bulan Ramadan, amatlah penulis hargai.
Lantaran memahami kesibukannya itu juga, kami (penulis dan jurufoto) akur apabila pemuda berketurunan Kadazan ini terlewat daripada waktu yang dijanjikan.
Menurut Mohd. Farhan ataupun sebelum ini bergelar Paster Yohanes, sebagai anak kepada seorang ketua kepada 15 buah gereja, sudah pastilah dia memiliki latar belakang pendidikan beraliran Kristian yang mantap. Beliau mengikuti latihan ketua mubaligh Kristian selama dua tahun dengan melibatkan diri secara aktif aktiviti dakyah Kristian sebelum melanjutkan pengajian menguasai bahasa Ibrani di Bandung, Indonesia.
“Sungguhpun telah mengusai kesemua ilmu agama Kristian, dua persoalan yang sering bermain fikiran saya iaitu; tentang konsep Trinity dan Majlis Pengampunan Dosa yang disebut Baptis,” ceritanya mengimbas kisah lebih 15 tahun lalu.
Mohd. Farhan yang memeluk Islam pada 26 Februari 1990 di Pusat Latihan Dakwah Keningau, Sabah berkata, dia mula tertarik kepada Islam semasa belajar di Institut Teknologi Mara, cawangan Sabah (sekarang UiTM). Kenyataan seorang pensyarah subjek Pelajaran Islam tentang tuhan Allah tidak sama dengan tuhan agama lain agak memanaskan telinga dan hatinya.
“Jadi inilah peluang saya berhujah, apabila mengetahui beliau juga mahir tentang masalah perbandingan agama termasuklah dalam masalah Teologi.
“Pada masa sama juga, saya mempunyai teman sebilik yang rajin mengaji al-Quran. Kalau sebelum ini, setiap kali terdengar azan sama ada di radio atau televisyen, saya akan cepat-cepat mematikannya. Tetapi semuanya berubah selepas sentiasa diperdengarkan dengan bacaan al-Qurannya yang begitu baik bacaannya dan menusuk kalbu.
“Selain itu, saya juga tertarik dengan akhlaknya. Dia begitu menjaga masanya terutamanya dalam urusan agama. Kami selalu berhujah, dan dia selalu membawa saya bertemu seorang ustaz untuk menyelesaikan dua persoalan yang selama ini terbuku di hati.
Mimpi luar biasa
“Hasil perdebatan, pengkajian dan penelitian tanpa paksaan dan bukan pula kerana inginkan habuan dunia, saya mula tertarik dengan Islam,” tegas Mohd. Farhan ‘mimpi luar biasa’ yang dialami sewaktu bermalam di rumah ustaz menjadi pembuka jalan kepada pengislaman.
Akui beliau lagi, cabaran yang dihadapi selepas bergelar Muslim memang berat dan perit. Apa tidaknya, dia bukan sahaja terputus subsidi keluarga tetapi telah dihalau dari rumah, tidak diakui anak dan hampir-hampir terkena peluru hidup milik senapang bapa yang tersasar bidikan.
Pun begitu, sebelum meninggalkan keluarga, anak kedua daripada enam adik-beradik ini berazam untuk membawa bersama keseluruhan ahli keluarganya kepada Islam. Malah, beliau tidak menjadikan agama sebagai penghalang memutuskan ikatan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa.
“Selepas sahaja mengucap syahadah saya berhijrah ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kuala Lumpur, sebelum belajar agama di Perkim Pengkalan Chepa Kelantan (1991-1993), Nilam Puri (1994) Pondok (1995), mengambil Diploma Tahfizul Quran di Pusat Islam (1996-1998) dan pada 2000 hingga 2003 berada di Shoubra al-Azhar, Mesir dalam jurusan al-Quran dan Qiraati.
“Selama membawa diri, saya tidak pernah putus-putus berdoa, bersolat hajat, bertanya khabar serta menghantar kitab-kitab berkaitan Islam agar Allah ‘melembutkan’ hati keluarga untuk menerima Islam.
“Alhamdulillah, selepas lapan tahun, doa saya dimakbulkan Allah. Sekarang seluruh ahli keluarga saya menerima Islam. Apa yang saya alami sebelum ini, begitulah juga dialami oleh ayah,” katanya yang telah mengislamkan lebih 2,000 orang dari pelbagai kaum.
Katanya lagi, ayahnya kini senang dengan kehidupan yang sederhana, cukup makan, senang beribadat meskipun sering cuba ‘dipikat’ dengan bermacam-macam bentuk kemewahan dan ganjaran oleh pihak-pihak tertentu supaya kembali kepada agama asal.
“Malah dia juga mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid dan madrasah sebagai tempat pengajian golongan mualaf,” kata Mohd. Farhan yang menubuhkan Pusat Pengajian Ilmu-ilmu Islam al-Azhar Sabah (PUPIS) bersama beberapa orang sahabat. Mereka melaksanakan Program Dakwah Bergerak secara sukarela di Sabah dan Sarawak.
Mengulas tentang peranannya sebagai pengasas PPTQB, katanya ia ditubuhkan untuk membasmi buta huruf al-Quran dan memperkenalkan pelajaran Jawi dan bahasa Arab serta asas-asas agama di peringkat kanak-kanak. Para pelajar di sini sebahagiannya mengikuti pengajian Pra Tahfiz (4-6 tahun), Tahfiz (7-17 tahun) dan Umumi iaitu terbuka kepada orang dewasa.
Selain menguruskan pusat tahfiz, Mohd. Farhan turut giat menyampaikan maklumat tentang gerakan kristianisasi yang begitu membimbangkan. Harapan beliau juga, semoga umat Islam menjaga iman dan Islam terutamanya generasi muda-mudi yang merupakan sasaran utama mereka.
Baginya, semua pihak tidak perlu menuding jari menyalahkan satu sama lain apabila anak-anak mereka terlibat dengan kerja-kerja yang dilarang Islam. Satu formula saranannya ialah kembali menghayati al-Quran menerusi kempen yang dikenali satu rumah satu hafiz atau hafizah. Ia boleh dilakukan menerusi buku, Kaedah Sistematik Penghafazan al-Quran Jilid 1 & 2.
Tambah Mohd. Farhan, manusia tidak perlu kepada agama lain kerana syarat bagi agama yang sebenar ialah; Pertama, agama itu menyembah kepada Allah dan Allah tidak boleh dinisbahkan kepada makhluk atau benda lain. Kedua, agama itu mempunyai undang-undang yang berbentuk kitab yang meliputi bidang kehidupan secara terperinci dan dipakai dari dahulu hingga sekarang serta tidak berubah-ubah.
Pada kesempatan ini juga Mohd. Farhan menyeru bantuan sumbangan orang ramai untuk mendirikan bangunan bagi kerja-kerja dakwah.
Beliau boleh dihubungi menerusi talian 019-2666 323 atau 03-8942 3624. No akaun Bank Islam: 12-029-01-003493-7 atau Maybank: 5122-68-40494-7 di atas nama Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari.
UTUSAN MALAYSIA
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0927&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
« Mejar Mohd Khairi Yap Abdullah Pilih Islam Berdasarkan Kajian Yusuf Estes- Pendakwah Kristian Amerika Memeluk Islam »
Islam dan fahaman Plurarisme Agama: http://malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-fahaman-pluralisme-agama/
Kisah seorang Polis Amerika Memeluk Islam: http://malay.bismikaallahuma.org/kisah-seorang-polis-wanita-amerika-memeluk-islam/
Al-Quran dan Islam dari Kacamata Barat: http://malay.bismikaallahuma.org/al-quran-dan-islam-dari-kacamata-barat/
Wanita Jerman berlumba-lumba memeluk Islam: http://mengenalislam.blogspot.com/2008/04/wanita-jerman-berlumba-lumba-masuk.html
Sabtu, 6 September 2008
16 September
Kalau kita kaji secara halus, apa yang dilakukan oleh DSAI adalah untuk mencetuskan suatu tindakan drastik oleh Kerajaan agar berubah atau buat lebih banyak kebajikan kepada rakyat. Kalau tidak mereka akan berputih mata. Berlaku atau pun tidaknya peralihan kuasa bukanlah menjadi persoalannya bagi Pakatan Rakyat atau sesiapa pun. Apa yang rakyat mahukan ialah suatu perubahan yang positif. Kalau parti pembangkang boleh kata harga minyak boleh diturunkan dan lepas tu memang betulpun kerajaan turunkan, bermakna hasrat parti pembangkang untuk membela rakyat sudah tercapai. Itu saja. Gempaq sikit mesti jadi punya. Namanya pun pembangkang. Samalah juga yang dilakukan oleh parti pembangkang di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Samalah jugak di negara lain.
Kalau kita renung sejenaklah... mengapa kita susah hati sangat dengan Kerajaan atau Pembangkang ni. Kita yang wujudkan mereka. Kita bagi amanah tu kepada mereka untuk mentadbir negara ini. Kalau tak mahu cara tu, kita ikut cara Sistem Beraja. Kalau dah pilih cara DEMOKRASI maka kita ikutlah cara demokrasi. Sistem demokrasi memang mesti ada pembangkang. mengapa nak risau apa kata pembangkang. itu dah kerja mereka. Kadang-kadang bingung dibuatnya.
Seperkara lagi, mengapa yang nak tunduk kepada mereka yang dipilih untuk memerintah negara ni. Mereka tu adalah orang yang makan gaji dengan RAKYAT!! Kita bayar gaji mereka. Maka kitalah majikan mereka. Dan kita boleh bila-bila masa PECAT mereka kalau tak dapat capai sasaran yang kita mahukan. Bukan meraka yang perlu tetapkan bagaimana nak belanjakan duit kita tapi RAKYATlah yang perlu tetapkan bagaimana nak belanjakan duit kita sendiri.
Cuba renungkan dan selamat beramal
Sumpah Laknat
Sebab mereka tak de kerja lain. Sepatutnya tak payah nak response sebab mereka tu memang akan dilaknatpun. Apa bezanya. Kalau ditimpa balapun orang akan kata itu dah takdir tak ada kena mengena dengan sumpah laknat. Ia berlaku secara kebetulan. kalaupun berlaku kepada keturunan mereka nanti, mereka peduli apa.
Cuba lihat orang yang buat sumpah tu, anda tahu budi pekerti mereka, bukan?. Bukan orang yang baik-baik pun. Tak berapa pandai tentang hal ugama. Sekadar ikut-ikutan sahaja.
Atuk saya kata ini dinamakan peperangan siber. Atau orang Melayu kata FITNAH.
Renung-renungkan dan selamat beramal...
Isu Blog
Sebab mereka nak dapat comisyen dari google.
Mengapa mereka sebarkan cerita sensasi dalam laman blog mereka?
Sebab cerita sensasilah yang akan menarik ramai pengkritik atau mereka yang tak senang dengan isu yang dibincangkan. Apabila seseorang klik saja laman blog mereka...NAH google dah bagi mereka comisyen. Lagi ada yang layan lagilah banyak asyuk...
Mengapa mereka tak serik dengan tindakan serta ugutan dari pihak "tertentu"?
Sebab mereka tak boleh berbuat apa-apa. Cuma boleh gertak saja. Sebab tulah pihak tersebut juga buat laman blog. Atuk aku kata, "if you cannot beat them, so you should joint them".
So, anda semua di luar tu belajarlah buat laman blog sebab boleh dapat banyak fulus!!!
Jangan takut sebab belum ada undang-undang untuk sabitkan kesalahan. Apa yang anda dengan hanyalah tindakan untuk menakutkan sebab perkara ini tak boleh disekat jadi cara terbaik ialah dengan menakut-nakutkan mereka yang buta kayu!!!
