Sabtu, 6 September 2008

16 September

Apa yang ramai orang kalut sangat dengan tarikh keramat 16 September tu?
Kalau kita kaji secara halus, apa yang dilakukan oleh DSAI adalah untuk mencetuskan suatu tindakan drastik oleh Kerajaan agar berubah atau buat lebih banyak kebajikan kepada rakyat. Kalau tidak mereka akan berputih mata. Berlaku atau pun tidaknya peralihan kuasa bukanlah menjadi persoalannya bagi Pakatan Rakyat atau sesiapa pun. Apa yang rakyat mahukan ialah suatu perubahan yang positif. Kalau parti pembangkang boleh kata harga minyak boleh diturunkan dan lepas tu memang betulpun kerajaan turunkan, bermakna hasrat parti pembangkang untuk membela rakyat sudah tercapai. Itu saja. Gempaq sikit mesti jadi punya. Namanya pun pembangkang. Samalah juga yang dilakukan oleh parti pembangkang di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Samalah jugak di negara lain.

Kalau kita renung sejenaklah... mengapa kita susah hati sangat dengan Kerajaan atau Pembangkang ni. Kita yang wujudkan mereka. Kita bagi amanah tu kepada mereka untuk mentadbir negara ini. Kalau tak mahu cara tu, kita ikut cara Sistem Beraja. Kalau dah pilih cara DEMOKRASI maka kita ikutlah cara demokrasi. Sistem demokrasi memang mesti ada pembangkang. mengapa nak risau apa kata pembangkang. itu dah kerja mereka. Kadang-kadang bingung dibuatnya.

Seperkara lagi, mengapa yang nak tunduk kepada mereka yang dipilih untuk memerintah negara ni. Mereka tu adalah orang yang makan gaji dengan RAKYAT!! Kita bayar gaji mereka. Maka kitalah majikan mereka. Dan kita boleh bila-bila masa PECAT mereka kalau tak dapat capai sasaran yang kita mahukan. Bukan meraka yang perlu tetapkan bagaimana nak belanjakan duit kita tapi RAKYATlah yang perlu tetapkan bagaimana nak belanjakan duit kita sendiri.

Cuba renungkan dan selamat beramal

Tiada ulasan: